About Me

My photo
Kemaman, Terengganu, Malaysia
Seoarang ibu kepada 2 hero dan 1 princess, isteri kepada suami yang sangat penyayang dan sporting..Tulis blog ni hanya suka-suka dan syok sendiri...Untuk kepuasan diri sendiri..

Sunday, July 19, 2009

Keistimewaan Produk Auralife


Gunakan Tanpa Was-was Dan Dijamin Bersih Lagi Suci Serta Boleh Digunakan Semasa Solat:
Alami Kemodenan Minyak Wangi Yang Termasyur Keharumannya
Keselesaan Dan Keceriaan Yang Pasti Melakar Senyuman Dan Seri Wajah.
Diformulasi, Diadun Serta Disuntik Dengan Ayat-ayat Suci Oleh "Master" Yang Hebat.
Menggunakan Pati Minyak Wangi Tanpa Alkohol Serta Menggunakan Getaran Tenaga Aura.
Membangkitkan Seri Wajah Serta membuka Keinginan Seks.
Melambangkan Kehebatan Lelaki Serta Menyerlahkan Kecantikan Wanita.
Terdapat 6 Set Pilihan Untuk Lelaki Dan 6 Set Pilihan Untuk Wanita.
Sangat Murah Dan menjimatkan.

Kelebihan Produk ZZ Aura Anak Mami:

Tiada Alkohol, Mendapat Kelulusan Sure Halal (YADIM), Menggunakan Pati Minyak Wangi, Ingredient Kualiti Dari Eropah+France+Australia, Ester (Lasting 75%) Kekal Di Fabrik Selama 3 HAri, Di Inspirasi Dari Jenama Terkenal, Aura Desire/Pelaris/Seri/Relax/Genius, Kaedah Rawatan Malalui Getaran Tenaga Aura.

1 botol : RM 22
1 Set : RM 250

Kesan Minyak Wangi Auralife ke atas Medan Tenaga Badan Manusia

Menurut kajian pakar aura setiap sel dan organ di dalam satu organisma memiliki kadar getaran yang tersendiri di dalam spektrum elektromagnetik. Inilah yang merupakan auranya. Bila aura ini diganggu oleh pengaruh luaran dalam bentuk elektromagnetik yang berbahaya (membawa penyakit), dan gelombang luaran ini tidak disingkirkan oleh badan organisma tersebut melalui penyembuh diri (self healing), hasilnya adalah berlakunya organisma itu akan jatuh sakit. Bila berlaku kejadian begini , aura organisma itu jelas menunjukkan ketidakseimbangan. Hanya bila gelombang berbahaya ini disingkirkan , sel–sel organisma tersebut boleh menggunakan proses penyembuhan diri untuk mencapai keseimbangan dinamik dalam auranya. Apabila ini berlaku, organisma tersebut akan mencapai tahap kesihatan yang optimum semula.
Pendek kata, apabila seseorang itu mengalami tekanan hidup ataupun sakit,badannya diganggu gelombang luaran yang membawa penyakit.hanya apabila gelombang tersebut disingkirkan atau dinuetralkan,badannya boleh pulih.
Produk Auralife membantu menentang dan meneutralkan gelombang berbahaya,secara langsung membantu badan manusia untuk menjadi lebih sihat. Harus diingat produk minyak wangi Auralife lebih kepada wangiannya. Jika anda mendapat kesan yang baik , mungkin sampai ketahap memulihkan pelbagai masaalah(penyakit) atau menentang dan menuetralkan gelombang berbahaya secara langsung membantu badan manusia untuk menjadi lebih sihat dan bertenaga. Jika berlaku begitu itu adalah kehendak Allah(tuhan) Auralife hanya merancang , berusaha dan beriktihar.(insyaAllah)

SOURCE: http://www.ez-aura4u.neT

Monday, July 13, 2009

Petua Pantang 44 hari

Assalamualaikum !
Ini adalah dari pengalaman sepupu saya yang telah melahirkan 4 org anak kalau nak cuba caranya. Dia betul betul ikut cakap ibu mertuanya yang yg memang sangat particular. Kalau nak ikut ni petua yang major saja.

1. Masa dalam pantang hendaklah minum air suam saja. jangan sekali ambil air sejuk. dan sukatan nya juga hendaklah tidak lebih dari satu cawan tidak boleh lebih. Air lain seperti kopi, milo ovelt'n ok tu pun jangan banyak sangat minum. tapi jangan minum teh sebab teh tu angin.

2. Makan pun serupa juga, nasi mesti makan nasi panas, tak mau yang sejuk. Makan nasi ni tak boleh tambah, kalau nak makan banyak kena bubuh siap siap dalam pinggan. Ni yang paling important, Lauknya ni masa 1st week dan makan ikan kering masin atau ikan gelama, ikan tenggiri pun boleh buat masak asam atau masak lada. 2nd week baru masak kari ke buat kerabu dari daun mengkudu atau daun cekur. Jauhkan makanan yg sejuk sejuk seperti kacang panjang, kangkong, timun dan banyak lagi.
Masa pantang makan ni lama. ikut sampai 44 hari. Lepas tu jangan tak makan dan minum yang sejuk sampai 6 bulan. Buah buahan pun kena jaga juga tak boleh makan sebarangan.

3. Sepupu saya pakai cara traditional, Bengkung yg di buat oleh sendiri.
Bengkung ni di jahit sendiri ikut suka panjang nya elok tu dalam 4-5 panjang . Di pakai pada waktu malam atau nak tidur. Dia amalkan begini, sebelum nak lilit bengkung tu , sapukan bahan yg telah dicampur ini. ambil sedikit kapor makan dan limau nipis (yg bubuh dalam mee)belah dua dan kacau pada kapor tadi. Apabila sudah naik buih sapu lah kat perut kita. Buat lah setiap malam sampai habis pantang dan selepas 1-2 jam waktu makan.

4. Mandi - utk beberapa hari mula kena air suam dan daun daun. tapi kalau tak ada daun daun mandi air suam saja.

5. Tentang jamu ni sepupu saya guna jenama nyonya meneer sebab masatu belum ada nyonya rogay. Ambil jamu ni kena ikut peraturan betul betul, kalau tak nanti dia tak akan mujarab.

6. Urut - ini amat penting juga sebab ini akan memberi kita rasa segar selepas habis bersalin yg menggunakan banyak tenaga. selain itu ia juga dapat memberi rasa kelainan selepas bersalin. urut ni boleh di buat 3hari
7hari 14hari. ikut kemampuan kita. Kalau ada jahitan di... cuba ambil manja kanni dan lumatkan kemudian sapu supaya ia cepat sembuh.

7. Bertungku - Gunakan tungku jenis lama iaitu batu sungai. Tapi kalau tak ada, boleh juga beli kat kedai. ini di buat 2 kali sehari pagi dan petang

P/s: Saya menyesal kerana tak ikut cara-cara berpantang seperti seppupu saya ini. Untuk anak ketiga ini say nak buat seperti dia lah...Harap menjadi..heheheheh..

Sambal Kunyit

Salam.. nak kasi resepi .. sambal kunyit org dlm pantang

bahan-bahan

kunyit muda
halia muda
lada itam
sedikit garam

tumbuk semua nie dlm batu lesung yek.. jgn lumat sangat tp tak de la kasar sangat.. then makan dengan nasi panas & ikan bakar / ikan goreng .. boleh menambah selera.